Monday, March 28, 2011

Pembuka Bicara

Bismillahirrahmanirrahim..

Blog yang bernama "Diary O.H" ini diwujudkan oleh Khadijah Abdul Mutalib dan Nurul Damia Md Zin. Ianya adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan subjek "istimewa" kami semester ini iaitu IMR 603 - Documenting Oral Tradition dimana subjek ini memerlukan kami menjalankan satu projek yang berkaitan dengan "Oral History".

Kami dikehendaki untuk memilih seorang 'tokoh' yang berjasa kepada negara tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Seterusnya, kami perlu mengadakan satu sesi wawancara selama 2 jam bersama tokoh tersebut dan rakamannya direkodkan untuk dijadikan sebuah transkrip.

Sekalung penghargaan buat pensyarah kami, Dr. Aliza Ismail atas komitmen yang diberikan dalam 'melayani' kerenah kami serta memberikan 100% sokongan, nasihat, perkongsian dan tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan.


May Allah bless and accept all our good deeds and grant us His Jannah. Ameen!


Tuesday, March 15, 2011

Next session~

Bismillah...

setelah membuat temujanji dengan Dr. Har, akhirnya kami bersetuju untuk sambung interview hari ni lepas isya'.

Alhamdulillah kami smpai awal, solat maghrib di Petronas Alam Damai dan terus ke rumah Dr. Har..

Disambut mesra oleh anak sulungnya syifa'. solat isya' berjemaah dan teruskan dengan interview..

lebih kurang jam 11 malam tugasan kami pun selesai..

Alhamdulillah... tsumma Alhamdulillah...

selesai juga akhirnya.. so prepare utk transkrip pula lepas ni.. ^_^

Friday, February 18, 2011

Hari Kejadian...

Bismillah...

  • hari ni class O.H macam biasa tapi habis awal sikit.
  • balik rumah jap siap-siapkan semua barang n document.
  • lebih kurang kul 12 gerak ke HUKM. temujanji pukul 2.30 ptg
  • On the way tu mesej Dr. Har bagitau yang kami dah nak sampai, dia cakap dah smpai mesej n terus ke Blok Pendidikan sebelah emergency department PPUKM
  • tiba-tiba sedikit kesilapan teknikal berlaku, kami tersalah jalan..
  • Alhamdulillah, sampai tepat-tepat jam 2.30
  • terus contct Dr. Har dan jumpa di bilik kaunseling kalau xsilap
  • 1st session interview pun berjalan
  • setengah jam lepas tu Dr.Har ada meeting
  • after meeting kami sambung lagi setengah jam
  • sampai kul 5 lebih.
  • xdapat habiskan.
  • insyaAllah akan sambung next session di rumah Dr.Har nanti..

Thursday, February 17, 2011

A day before..

Bismillah...

~update ringkas~

  • surat research dah settle
  • bincang n bahagi2 soalan on the way nak p interview nanti
  • mia, remind Dr.Har semula esok

Thursday, February 10, 2011

Update...

Bismillah..

Pasal recorder lg.. mira jumpa 1 je tape recorder tu kat kedai. so kami plan nak sewa je dari dia. kaset dah ada mira tolong belikan cumanya group dia interview hari selasa. Maknanya group kami kena interview selain dari hari selasa supaya boleh pinjam recorder tu..


Ya Allah, permudahkanlah...amin

Wednesday, February 9, 2011

recorder.. oh.. recorder...

Bismillah...

terima msg dr khaty, tape recorder tu tak dapat nak pinjam dari ofis. sistem baru, pelajar dah tak boleh pinjam sebab banyak yg hilang dan rosak before ni..

Hm... mybe kena beli jgk kot..

Alhamdulillah, Dr. Aliza dah betulkan soalan. sikit je pun pembetulan. ^_^

so now, boleh proceed utk set tarikh baru dgn Dr. Har..

Friday, January 28, 2011

Waiting 4 approval...

Bismillah...

latest update~

dah bincang dgn khaty, ingat nak try interview secepat mungkin sebab takut kalau buat last minit nanti susah pulak dengan macam2 assignment lagi nak kena hantar. Soalan pun dah siap, dan khaty akan tunjuk pada Dr. Aliza dulu kalau ada apa2 pembetulan. InsyaAllah we'll try to make an appointment with Dr. Har within this midterm break. tu pun kalau semua berjalan lancar la.


Postpone..

Bismillah..

~update ringkas~

Interview dgn Dr.Har terpaksa postpone lepas cuti mid term ni..

Thursday, January 20, 2011

APPROVED!! Alhamdulillah... ^_^

Bismillah....

selepas lebih kurang 4 jam email dihantar, balasan ringkas pun diterima.

POSITIVE!

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah...

Dr. Har telah menyatakan persetujuan beliau untuk di wawancara dan saya akan hubungi beliau semula dalam masa terdekat dan selepas beliau pulang ke Malaysia nanti. InsyaAllah..

Robbuna Yusahhil...Amin!

Wednesday, January 19, 2011

Tokoh kami...

Bismillah...

Setelah mengalami beberapa kali pertukaran tokoh atas sebab-sebab tertentu dan menjalani beberapa sesi perbincangan bersama khaty, akhirnya kami bersepakat untuk memilih Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Bt Hj. Siraj (Dr. Har) sebagai tokoh yang ingin kami wawancara.

Pemilihan ini adalah berdasarkan beberapa sebab :

  1. Dr. Aliza prefer tokoh dalam bidang professional sebab dah terlalu ramai yang buat tokoh seperti polis, tentera, guru, artis, sasterawan, dan yang sewaktu dengannya. Maka adalah lebih baik jika kami, pelajar-pelajar O.H semester ini dapat memilih tokoh seperti peguam, doktor, jurutera dan sebagainya.
  2. Mudah untuk dihubungi dan berurusan, dah kenal dan pernah berprogram bersama
  3. Lokasi yang tidak berapa jauh dengan tempat kami, hanya sekitar Cheras
  4. Banyak penglibatan luar selain dari bidang kerjayanya
Maka, tugasan kami pun bermula. Saya ditugaskan untuk menghubungi Dr.Har utk dapatkan persetujuan beliau.

Oleh kerana Dr. Har ni orangnya tersangatlah sibuk dengan macam2 urusan, maka medium terbaik yang saya rasakan patut saya guna saat ini adalah email. Lagipun Dr. Har kini tiada di Malaysia untuk beberapa minggu kerana menghadiri kursus di Boston (if i'm not mistaken).

Dan email bertarikh 18 Januari pun selesai dihantar...


Me: xsabar tunggu jawapan dr.har.. nervous! Moga Allah permudahkan, amin!